SEGERA TERBIT: EVENT MANAGEMENT

Category

Industri acara (event) kini bukan lagi sekadar platform pertemuan biasa, melainkan instrumen strategi yang memacu sektor perniagaan, pelancongan, dan ekonomi kreatif global. Buku Event Management ini hadir sebagai panduan lengkap yang mengupas tuntas setiap fasa penting dalam industri yang dinamik ini.

Bermula daripada pemahaman konsep asas, klasifikasi jenis acara, sehinggalah kepada strategi praktikal seperti pengurusan risiko, belanjawan, pemasaran digital, kordinasi hari kejadian, dan evaluasi pasca acara semuanya dibincangkan secara sistematik. Dilengkapi dengan latihan minda dan kajian kes kontemporari, buku ini merupakan rujukan wajib bagi mahasiswa, ahli akademik, serta sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi pengurus acara yang kompeten, strategik, dan bervisi pada era moden.

Shopping Basket